So plan cuti hari ni sebenarnya nak cat pintu pagar rumah haha then terpaksa postpone sebab nak keluar awal pergi lepak jap then pergi berbuka dengan classmate. Then lepas je bangun terus online jap then tengah tengah online tu nenek suruh beli cat dan suruh cat haha terpaksa bagi alasan yang kukuh supaya aktiviti tersebut dipostpone haha selamat alasan aku diterima so lepas online mandi then solat lepastu pergi kedai jap beli ubat untuk nenek serta cat haha kalau tak beli harini ada lah kena bising so beli lah jugak, lepas beli terus gerak pergi ECM. Then sampai ECM lepak dengan Firdaus je sementara tunggu yang lain datang. Punya la bosan je lepak 2 orang so pusing pusing usha baju raya jap then diaorang pun sampai, dia orang sampai pun cakap cakap je then aku dengan Firdaus gerak dulu pergi Padang*maklumlah penjalan kaki je haha diaorang naik motor ramai ramai. So berjalan lah kaki aku berdua dengan Firdaus ke Padang , sebelum pergi Padang pergi Mahkota Square jap , pergi bayar bil internet haha first time pergi bayar sendiri, cuak jugak guna mesin tu. Then lepas siap pergi masjid jap then baru gerak pergi Padang balik, lepas solat je si Theenesh dengan Kesh sudah hello, diaorang sudah sampai haha walaupun bukan beragama Islam tapi semangat berkawan tu ada haha best korang ni cha ! :D So pergi cari macha macha ni sekalian then lepak jap sementara tunggu kawan kawan yang naik motor ni sampai. Adalah dalam 15 minit baru diaorang sampai then terus gerak pergi bazaar beli makanan. First pergi cari Azzim Gigi jap haha lama doh tak lepak dengan mamat ni, then lepas jumpa dia pergi serang kedai air. Punya lah rare budak budak ni pergi beli air soya Yeos yang besar tu sorang satu *termasuk aku haha, melantak air soya ke apa budak budak ni
haa tu dia siap main susun susun lagi air soya tu hahaha
Then lepas beli air usha lah makanan, aku dengan Firdaus memang nak makan nasi kukus je <3 Hahaha jalan punya jalan , terkejut tengok sorang mamat ni, sebab apa ? sebab dia pakai baju sama dengan aku, haha dari jauh lagi gelak gelak , aku punya lah malu hahaha then Hady cakap "eh Yo bukan kau kat belakang tadi ? hahaa" haha butoh betul -.-' haha. Lepastu jalan lah sampai terlekat dekat bazaar tu haha. Time tengah lekat tu terpandang sorang manusia ni perghhhh sekali pandang macam perempuan dua kali pandang ambik nak kau PONDAN ! hahaha, then terdengan kawan lelaki dia cakap kat dia, " eh Nyah jom kita lintas sekarang" hahahaa yang si Theenesh ni bangang, pergi pegang tangan aku kuat kuat hahah bodoh apa haihh-.-' Then nak sampai dah gerai nasi kukus tu terjumpa satu gropu PONDAN hahaha taksangka dah pergi bazaar, eh puasa ke cik KAK oi ? HAHAH aku punya lah kecoh time pondan tu lalu sebelah hahaha macam bangang jee badan katang gitu haha lawak lawak. Then sampai lah gerai nasi kukus tu, punya lah ramai orang sampai main tolak tolak dengan makcik beb ! haha. Bengang je kakak ni sebab kena tolak then bising hahaha chill lah kak , puasa kan ? :P Punya lah lama nak beli nasi kukus tu sampai kan aku dengan Firdaus beratur sekali haha rebut punya rebut aku give up sebab ada makcik makcik dah body contact hahaa Firdaus je yang selamat sampai ke depan. Time tengah tunggu Firdaus beli , aku borak dengan Hady then tiba tiba ada anak siapa entah sesat haha boleh pulak time tu ada kakak yang beratur sekali cakap " Haaa sudohh" then aku dengan Hady pulak terikut sekali cakap " Haa sudohh" lepastu gelak haha boleh pulak kitaorang gelak sedangkan benda tu serious kot haihh Yo yo-.-' Then punya lah lambat tunggu nak dapat nasi kukus tu, aku dengan Hady tunggu dekat belakat gerai tu, tengah tunggu tu ternampak Bucik haha panggil selalu dia. Tak sampai 5 minit lepas tunggu dekat belakang gerai tu sampai lah Firdaus haha akhirnya dapat jugak nasi kukus then terus gerak ke Padang. Macam biasalah ramai punya orang macam IKAN SARDIN haha
So time nak berbuka punya lah FUN haha si Theenesh batuk tak berhenti henti tapi nak cakap tak jelas haha memang lawak lah time ni, orang lain berbuka senyap je si group ni berbuka riuh sekampung haha lepas pasal Theenesh buat lawak , si Bucik pulak haha nak cucuh rokok then terbakar tangan haha bapak nya lawak time ni hahaha macam macam hal budak budak ni. Then lepas berbuka kitaorang berkumpul, bergambar sana sini dan nak main mercun, punyalah tak sabar sorang sorang nak bakar mercun haha, tunggu orang habis solat terus je bakar ahaha
punya lah kepala gila budak budak ni pergi letak air tebu dalam botol air tu then letak mercun haha aku tukang bakar je :)
Gempak kot mercun kitaorang main haha ramai gila tengok sampai ada sorang mamat gam mana entah nak fight main mercun hahaha dahlah dikenali then tiba tiba je baling mercun kat kita orang haha bodoh jee perangai. Then lepas tu semua nak balik dah so balik lah semua nya
ni gambar paling FUN :D
bersama Jonek si Baby Shrek <3 & Theenes si Anjing <3










