Mei
Dalam bulan ni dah stop join skuad elite then focus nak study , dalam bulan ni ada mid year exam
fuhh boleh tahan lah exam mid year ni, result pun cukup cukup makan je haihhh then 1 failed-.-'
tapi takpa , exam midyear je kot ahaha
dalam bulan ni jugak tak tahu kenapa terlalu sangap dekat FOOTBALL haha buat buat buat lagi favourite team MANCHESTER UNITED dengan player diminati Wayne Rooney haha
tu dia , Glory Glory Manchester United (Y)
Jun
Bulan paling best dalam tahun ni <3 haha
dalam bulan ni macam macam benda terjadi fuhhh boleh dikatakan mampat aktiviti bersama rakan serta keluarga then memory yang manis <3 :)
First, buat barbeque dekat rumah aku, buat untuk makan bersama sama rakan rakan je hahah boleh dikatakan memang meriah lah malam tu dengan lenjai 2 buah scram haha kecoh kejap IM 1 malam tu hahaha then baling tepung dekat birthday boy fuhhh fun gila lah malam tu
memang best lah malam tu ni gambar memang takboleh lupa punyalah. hahaa
Second, haa ni macam mana aku boleh layan dengan cerita korea ? haa sebab DIA <3 hihi. Sebelum ni memang tak berminat langsung dengan cerita korea korea ni haha then dia suruh test layan so layan la cerita Sassy Girl Chun Hyang haha
haa ni pelakon utama dalam cerita tu, jadi layan cerita ni sebab awek tu comel do hihi <3
Third, Cuti Sekolah bermula,haha benda paling seronok bagi budak sekolah macam aku ni:) so cuti sekolah masa ni 2 minggu je, tapi kira bersyukur lah sebab dapat buat macam macam dan dapat memory paling best :) dalam cuti ni aku tidur rumah kawan aku sorang ni Kerol sebab family dia takda, so hidup ala bujang laa sikit hahaa then dalam cuti ni jugak ada extra kelas, hahaa tiap tiap kelas aku datang lewat haha punya lah rare -.-' Haa paling suka sekali tengok wayang cerita Nur Kasih haha, punya lah nak layan sangat cerita ni sampai ingat dah habis dah kat wayang then selamat ada lagi, haha first time tengok wayang dengan DIA haha then DIA belanja tiket aku belanja popcorn haha lawak do tapi cerita ni best sampai ada orang menangis kot HAHAHA.
Lepastu dalam cuti ni jugak kena tolong jiran kenduri kahwin fuhh memang penat takterhingga lah haha. Dalam cuti ni jugak aku dapat berita baik pasal DIA haha bapak fun nya, tapi dari situ belajar untuk jadi berani so dalam cuti tu try mintak in relationship dengan dia then bagi tahu true story kat dia dan dia macam accept tapi nak live fuhhh time tu terus cuak kot haha -.-' so terpaksa lah kena jadi berani haha then kena tunggu DIA balik ke Kuantan baru keluar sama, time keluar tu macam macam benda jadi dengan hati cuaknya haihhhh time cakap dengan DIA fuhhhhh cuak gila -.-' tapi alhamdulillah berjaya in relationship dengan DIA <3 haritu jugak dapat PENYU PURPLE & Batu Karang <3 suka suka hihi :) then hari tu jugak aku dengan kawan kawan tengok wayang cerita KL Gangster ,then lepas balik dari ECM hati punyalah fun haha <3
Esoknya pulak ada Maharajalawak dekat Kuantan, plan dengan kawan nak beratur lepas solat jumaat, then pergi dekat dewan tu perhhhhhh punyalah panjang gila barisan dengan orang nya takda adab langsung haihh kitaorang give up then tengok dekat rumah Kerol je,tengok dekat rumah dia lagi fun kot haha gelak tak ingat dunia time show JOZAN haha
Then cuti sekolah pun habis,tibanya masa kembali ke sekolah ,bila time sekolah time tu dapat Interview AFS yang pertama , boleh tahan jugak soalan dia time interview tu haha tapi game dekat inteview tu memang fun then aku digelar "SHY PERSON", memang lah sebab aku tak kenal orang then demam time tu so diam adalah perkara terbaik haha
haha sumpah lawak benda ni haha dalam bulan ni jugak ada Sukan Sekolah haha bapak busy nya dekat sekolah haihhh-.-' masuk acara tarik tali je haha tu je yang mampu dilakukan then jadi Maskot time perbarisan rumah sukan
ni gambar jadi maskot harimau hahaha fuhhh first time menang hahah bangga time ambik hadiah time ni haha :p
Lepas tu Hari Kokurikulum SMK Saint Thomas, fuhh ni lagi lahh 1 hari macam macam benda kena buat, kena bagi arahan kawad dua kali turut turut, first untuk kawalan kehormatan sebab pegawai pelajaran datang then pertandigan kawad antara uniform, time bagi arahan semua pandang dengan senyap kot hahaha bangga kot time tu haha alhamdulillah kawad kaki menang then dapat pujian suara kuat :D then lepas kawad kena tolong berniaga pulak dekat gerai Kelab Bowling haha memang fun lah berniaga time tu haha gerai ni paling laku kot haha.








