Tuesday, October 25, 2011

Gala Night 2011

21 Oktober 2011 berlangsunglah Gala Night SMK Saint Thomas di Hotel Vistana :)

Gala Night kali ni aku mewakilkan diri untuk menjadi MC dan first time jadi MC perghhh memang berat tanggungjawab jadi MC ni-.-' tapi takpa pengalaman tu yang penting kan ? :)

walaupun penat sempat lagi main main haha ;)

Seriously hari Gala Night tu penat gila, start dari pergi sekolah hingga lah habis dinner ada je kerja yang kena buat, tapi takpa bukan selalu kan hahaha sampai rasa malas nak pergi sekolah hari jumaat tu. Memang busy gila kot hari jumaat tu sampai kan nak tidur pun macam gaya tak tidur haha. Time dekat sekolah dah pun busy , sibuk duk cari cikgu cikgu then tanya pasal skrip untuk majlis haihhhh memang terkejar kejar haihh, then lepas solat jumaat kena pergi rumah kerol pulak nak bincang pasal function dekat Sungai Ular then baru gerak ke Vistana untuk setting persembahan.
Sampai je Vistana dah ada Mirul dengan Wan lepastu Ehsan dengan Farid pun sampai, then cikgu baru sampai. Kitaorang cepat setting barang apa semua then diaorang dapat Room free rasanya haha, punya lah seronok budak budak ni, tengah tunggu Aiman sampai baru teringat yang gitar Daus tertinggal dekat rumah huhh , terpaksalah balik ke rumah jap dengan Daus , selamat Daus sampai awal haihhh.
Dari sekolah lagi text dengan Nazy :) then text punya text cakap lah pasal dinner ni, hmm then dia cakap maaf then terfikir serious ke tak dapat datang hmm takpa lah hope dia dapat datang then terfikir jugak maybe suprise kot tapi cakap dekat Mirul yang pasal dia tak boleh datang, Mirul cakap buat relax jangan fikir sangat, fikir pasal malam karang Yo, okay so aku pun fikir pasal dinner tapi aku lebihkan fikir pasal Nazy :(
Berbalik kepada pasal gitar tadi haha memang serabut lah time tu , boleh pulak lupa haihhh, otw time balik dengan Daus tu memang pecut lah hahaha lawak kot haha macam macam benda kiraorang jumpa time otw balik dan pergi balik Vistana haha. Then sampai je Vistana call Aiman, suruh turun ambik kitaorang  masuk bilik last last diaorang turun ramai ramai nak pergi mandi kolam haha natang betul budak budak ni , sempat lagi pulak diorang mandi hahaha macam macam korang ni tapi takpa yang penting fun kan geng ? haha :D Lepas aiman bagi kunci bilik, aku dengan Daus terus naik atas then masuk bilik, haha sumpah hancur gila bilik jadinya dapat ke budak budak ni haha, aku dengan Daus terus apa lagi haha main enjut katil lah hahaa lepas puas lepak atas lepak bawak pulak dengan diaorang then aku nak gerak balik semula kerumah untuk bersiap siap haha
Maka geraklah aku dari Vistana kerumah , otw balik tu still fikir dia pergi ke tak haha kalau tak pergi redha jelah, then sampai je rumah terus mandi siap siap solat jap lepastu online jap haha sempat lagi online and time online tu dia call , then dia tanya ada mana apa semua, terkejut kot dia call an time dia call terdengar suara Syaq haha tu bermakna dia ada dekat kuantan haha terus mood bertukar hihi :') Lepas dia call terus semangat tu berkobar kobar cewaah haha then apa lagi terus lah gerak ke Vistana
Sampai je dekat Vistana, terus gerak pergi cari dioarang then tengok tengok diaorang tengah test lagu haha, aku terus pergi dekat Mirul sambil melompat lompat then cakap dia pergi, haha happy gila kot haha then terus pergi atas pentas untuk try lagu seround dua haha then pergi luar tunggu cikgu bagi skrip and time tu jugak Nazy semua baru sampai haha, terkejar kejar aku time tu kena cari cikgu then jumpa dia haha lepas teman diaorang daftar kejap then terus hantar diaorang pergi ke table. Lepastu orang dah makin ramai then acara pun nak bermula haha memang cuak kot sebab first time jadi MC haihhh
First first jadi kelam kabut sikit then selamat ada Hafiz temankan so okay lah sikit hahaha, then bermulalah acara Gala Night SMK Saint Thomas 2011. Malam tu memang fun kot tapi penat then ada sesetengah orang takdapat control diri haihh memalukan je-.-' malam tu lepas je cikgu then pengetua bagi ucapan terus pergi makan haha, lepas makan terus pergi ke depan balik nak umumkan pasal fesyen show dengan siapa nak buat persembahan, cakap pasal persembahan goyang kot haha sebab malam tu aku, Aiman , Nik dan Daus buat live acoustic haha, Daus tak jadi join last minit sebab gitar tapi takpa janji ada sama haha, masa Hafiz panggil nama kitaorang untuk naik, then aiman cuak , hahahaa aku pulak tiba tiba tak goyang :) maka start lah persembahan kami haha first time buat show dekat depan orang ramai haha malam tu nyanyi lagu Hujan-Kotak Hati then Akim- Janji. Lagu Akim feat dengan Nik bohh haha cayalah lu Nik :P

 haa ni lah kami time buat show tu hehe :)

Then lepas show tuada lah game poison box, hahaha memang best lah siapa kena tapi aku yang jadi MC pun kena haihhh budak budak ni saja nak kena aku-.-' tapi selamat aku kena yang best punya haha cakap " I loveyou" tiga kali dekat guru kesayangan anda " haha bangang punya member saja je kenakan aku-.-' dah lah taktahu nak pilih cikgu mana hahaha last last pilih lah ada satu teacher ni teacher ni comel kot dia anak pengetua sekolah haha ramai kot yang bengang cakap iloveyou dekat teacher tu haha relax lah geng , game je kot :). Then acara cabutan bertuah , memang banyak gila kot hadiah memang bertuah betul siapa dapat malam tu hahaha then aku pun bertuah jugak malam tu heee dapat lah satu hamper besar then lepas cabutan bertuah cikgu bagi hadiah untuk siapa buat persembahan dengan fesyen show. Haha taksangka dapat nombor 3 buat persembahan tu :D first time show then dapat nombor 3 hahaha. Lepas settle bagi hadiah apa semua maka berakhirlah Gala Night SMK Saint Thomas 2011. Lepastu je terus budak budak ni nak bergambar. Sumpah malam tu memang penat gila haha




Ni semua bergambar dengan AJK Kelab Boling SMK Saint Thomas 2011 :)




with Yo L

with Aiman

with Farid

with Ehsan

with Aiman & Ehsan

with Farid & Ehsan
 Haa yang ni semua gambar dengan rakan rakan sebaya :D *tak sempat nak bergambar dengan Mirul, Wan,Daus, Cine :(

Lastly thanks to Nazy for coming to dinner :>  I'm so happy happy and happy :) and not forget thanks to Syaqira & Nik Syazleen :)



Thanks Nor Nazirah Binti Mohd Fuzei <3